BubbleShare: Share photos - Find great Clip Art Images.

Selasa, 24 Mac 2009

Kebanyakkan papan kekunci yang anda lihat semuanya sama jer..Tetapi papan kekunci Luxeed ciptaan Luxiium Lighting & Technology agak berlainan dari yang lain..Perkakasan komputer nie mmg menarik…Setiap keycaps boleh di tukar dengan 512 color yang berbeza…menarik bukan….Ia seperti color pelangi…color skin bagi papan kekunci nie boleh ditukar2 mengikut kehendak anda…anda boleh mendownload skin color dari laman web mereka….


Setiap skin colour boleh di setting….Dan anda boleh juga setting skin color mengikut muzik, warna akan menari ikut muzik…wah…Syarikat Korea cipta papan kekunci ni sebagai satu cara untuk melepaskan tekanan melalui terapi warna, tetapi kita hanya memikirkan ia adalah betul-betul cantik…


mesti tak tertekan buat keje, klu tgk warna-warni kat keyboard…terhibur gak hati

Kemana Fail Hilang Setelah Dipadam [ Delete ] Dari Komputer ?

Bagaimana hendak mendapatkan kembali fail selepas fail dipadam dan setelah mengkosongkan tong sampah [ recycle bin ]. Mungkin anda juga pernah terpikir untuk mengembalikan fail kerja yang terpadam secara sengaja atau tak sengaja. Kebanyakkan pengguna komputer beranggapan, memadam fail bermakna fail itu hilang atau fail itu tidak akan dipaparkan lagi. Anggapan anda itu mungkin salah..

Secara teknikalnya, fail yang anda delete tidak pergi kemana – mana pun. Ia masih lagi berada di dalam komputer anda. Didalam cakera keras [ hard disk ] anda mempunyai satu fungsi yang dipanggil FAT [ File Allocation Table ] dimana ia ditugaskan mengatur fail – fail atau data – data didalam komputer anda. FAT ini ditugaskan menyusun fail pada hard disk dan juga ia juga mengandungi senarai isi kandungan bagi fail yang terdapat pada hard disk anda.

Apabila anda memadam sebuah fail, ia tidak bermakna data terus hilang. Sebenarnya fail yang dipadam tadi hanyalah dipadam daripada isi kandungan sahaja cuma ia tidak dapat diakses. Apa yang sebenarnya berlaku ialah apabila fail dipadam, Windows akan mengenal pasti ruang fail yang dipadam tadi tersedia untuk kemasukkan fail / data atau maklumat baru. Fail yang dipadam tadi akan bertahan sehinggalah fail / data baru ditulis pada ruang yang sama dengan fail lama yang telah dipadam.

Contohnya saya bagi gambaran…Sebuah buku, apabila anda padam BAB 1 pada isi kandungan, anda masih lagi dapat mencari dimana muka surat BAB 1, tetapi dengan cara susah menyelak setiap helaian muka surat. Apabila anda padam BAB 1, dan anda gantikan BAB 2 pastlah BAB 1 tu akan hilang dan anda tidak akan jumpa mukasurat BAB 1 tu kerana telah digantikan dengan BAB 2.

Berbalik pada fail dalam komputer, apabila anda terpadam fail, tidak mustahil untuk anda mendapatkannya kembali dengan menggunakan perisian – perisian yang boleh mengembalikan fail itu tersebut. Tetapi ia bergantung kepada berapa lama fail anda itu berada dalam hard disk. Sekiranya anda terpadam fail, kemudian anda telah mencipta satu fail baru, kebarangkalian untuk anda mendapatkan fail itu yang lama itu agak tipis kerana ruang yang lama adalah untuk fail yang baru. Tetapi kalau hard disk anda tersedia banyak ruang untuk fail baru, anda mungkin dapat mengembalikan fail yang terpadam tadi.

Meningkatkan Kelajuan Pelayar Web | Internet Browser

Pelayar web [ Internet Browser ] ialah satu perisian dimana ia membolehkan atau memudahkan anda untuk mencapai, mengakses , memaparkan kandungan Internet seperti isi2 kandungan dalam Blog & Ilmu Internet ni. Kiranya anda nak belayar ke luar negara mesti ada kenderaan untuk sampai ke destinasi yg dituju.. Pelayar web ni ibarat kenderaan tulah…
Kegunaan lain bagi Pelayar Web nijuga membolehkan anda memindahkan terima [ download ] kandungan2 internet yang bercirikan seperti animasi, bunyi, video dan gambar dari satu laman web. Terdapat banyak jenis - jenis Pelayar Web pada masa kini seperti Opera, Internat Explorer, Mozilla Firefox, Netscape Navigator, Ace Explorer, NetCaptor, MyIE2 Online yang mempunyai kelebihan & kelajuan tersendiri.

Untuk topik ni, saya bagi 2 pelayar web iaitu Internet Exloprer dan Mozilla Firefox. Lihat video dibawah



Lightning Fast Browsing Trick For Internet Explorer And Firefox - video powered by Metacafe